Webinar Cybersecurity: Bahaya Beri Kad Pengenalan Anda Kepada Orang Lain
26 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 Jun 2026 (Khamis), telah diadakan webinar NADIxCybersecurity bertajuk Webinar Cybersecurity: Bahaya Beri Kad Pengenalan Anda Kepada Orang Lain yang bermula pada jam 3:00 petang sehingga jam 4:30 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seorang peserta telah menyertai webinar tersebut.
Dalam webinar cybersecurity pada kali ini, peserta telah diberi pendedahan tentang risiko berkongsi salinan atau gambar Kad Pengenalan dengan orang lain. Turut dibincangkan adalah, bagaimana maklumat peribadi boleh disalahgunakan oleh scammer sekiranya maklumat atau salinan kad pengenalan dikongsikan dengan orang yang tidak dikenali. Selain itu juga, webinar ini turut membincangkan tentang langkah-langkah untuk melindungi identiti dan data peribadi serta tindakan yang perlu diambil sekiranya maklumat anda terdedah.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: